Friday, April 17, 2009

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

(Oleh Hanipa Maidin) -
Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Rujukan Berita


READ MORE - Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato' Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak didakwa memberi implikasi 'bahaya' selepas ini.

Demikian kata peguam muda, Abdullah Abdul Karim kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu tersebut.

Bagi Abdullah, ia memberi implikasi kepada persoalan 'separation of power' (pengasingan kuasa) iaitu kuasa Speaker itu sendiri sudah boleh dibawa ke mnahkamah untuk dicabar.

Kes ini katanya menjadi 'precedent' (kes duluan) dan tidak mustahil akan berulang selepas ini.

"Nampaknya dewan itu sendiri kini tidak bebas, dan kuasa speaker boleh dicabar.Ia akan menyebabkan tidak ada lagi keistimewaan kepada Speaker.Ini akan mengundang bahaya," katanya.

Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi dengan keputusan ini, katanya.

Maknanya selepas ini di Dewan Rakyat sekalipun,sebarang tindakan yang dibujat Speaker Dewan akan terdedah untuk dibawa ke mahkamah,katanya.

Sebelum ini, Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran Dun.

Sumber Berita
READ MORE - Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya

Tuesday, April 14, 2009

Krisis politik Terengganu bukan krisis besar?- Najib


PM - Dato Sri najib mengulas bahawa "Krisis politik Terengganu bukan krisis besar".

Ramai yang berpendapat bahawa pandangan Najib ini adalah "pandangan untuk menutup permasalahan dalaman umno" yang semakin menjadi-jadi dan semakin tak keharuan.Pertembungan antara kumpulan MB dan bekas MB bukanlah perkara baru dan bukan juga sesuatu yang rahsia lagi.Bahkan ianya sudah diketahui umum sejak proses perlantikan MB selepas pilihanraya umum ke 12 tempohari.

Kumpulan 10 ADUN BN masih belum menunjukkan ianya akan berakhir dalam masa terdekat. Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang masuk hari kedua sepi apabila kumpulan berkenaan yang diketuai ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid tidak hadir atas alasan menerima SMS ugutan bunuh semalam.

Krisis ini nampaknya tidak akan tamat dalam masa terdekat.Yang jelas tindakan memboikot sidang dewan undangan negeri lahir daripada ketidak-yakinan terhadap kepimpinan menteri besar Datuk Ahmad Said,

Rosol yang dianggap orang kuat bekas MB Idris Jusoh dikatakan mengetuai kumpulan yang mahukan menteri besar Datuk Ahmad Said berundur daripada jawatannya.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin berkata, mereka tidak boikot sidang itu tetapi tidak menyertainya sahaja kerana ada sidang akhbar. Namun pada sebelah petang, apabila sidang akhbar tidak ada lagi, mereka masih kekal tidak menyertai sidang Dun.

Apapun jika melihat dari dua kenyataan presiden dan timbalan presiden umno ini tak lebih sekadar "kenyataan untuk menutup permasalahan umno" sahaja sedangkan masalah tersebut sebenarnya sudah tidak boleh ditutup lagi.

READ MORE - Krisis politik Terengganu bukan krisis besar?- Najib

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Baru Najib

Hari ini penantian "kabinet Najib" akhirnya diumumkan.

Nampaknya tidaklah mengejutkan sangat sebagaimana yang digembar-gemburkan kerana banyak bersifat Barisan Kabinet yang dipengaruhi oleh Tun Dr.Mahadhir.

Manakala jumlahnya tidaklah sekecil yang digembar-gemburkan iaitu 28 menteri dan 40 timbalan menteri.Penguguran,pertukaran adalah perkara biasa walauapapun ramai yang menganggap indah khabar dari rupa dan kabinet gagal.Gagal di sebabkan Najib mengekalkan sejumlah menteri lama yang sememangnya "telah gagal" dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin.

Berikut adalah senarai "barisan Kabinet Baru Najib".
Tan Sri Muhyiddin hari ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran
Datuk Seri Shafie Apdal hari ini dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Mohd Zahid Hamidi pula bertukar potfolio sebagai Menteri Pertahanan
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Koh Tsu Koon, Nazri Aziz, Mohd Nor Yaakob, Mej Jen(B) Jamil Khir Baharom
Menteri Kewangan - Mohd Najib Razak
Menteri Kewangan II - Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Pengangkutan - Datuk Ong Tee Kiat
Menteri Perusahaan Perladangan Komiditi - Bernard Dompok
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan - Rais Yatim
Menteri Teknologi Hijau dan Air - Peter Chin Fa Kui
Menteri Pengajian Tinggi - Khalid Nordin
Menteri MITI - Mustapha Mohd
Menteri Sains Teknologi Innovasi - Maximus Ongkili
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Douglas Unggah Embas
Menteri Pelancongan - Ng Yen Yen
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Noh Omar
Menteri Kerja Raya - Shaziman Abu Mansor,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Kong Chow Ha
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kesihatan - Long Tiong Lai
Menteri Belia dan Sukan - Ahmad Shabbery Chik
Menteri Sumber Manusia - Subramaniam
Menteri Luar Negeri - Anifah Aman
Menteri Wilayah Persekutuan - Raja Nong Chik

Khairy Jamaluddin tidak disenaraikan. Menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad. Puad Zarkashi dilantik timbalan menteri pelajaran.


Timbalan-timbalan Menteri

Jabatan Perdana Menteri - Liew Wee Kiong, Mashitah Ibrahim, S.K. Devamany, Ahmad Maslan, Murugiah
Kewangan - Chor Chee Heung, Awang Adek Hussein
Pelajaran - Wee Ka Siong, Fuad Zakarshi
Pengungkutan - Abd Rahim Bakri, Robert Lau Hoi Chew
Perusahaan Perladangan Komiditi - Hamzah Zainuddin
Dalam Negeri - Abu Seman Yusof, Jelaing anak Mersat
Penerangan Komunikasi Kesenian Kebudayaan - Joseph Salang Gandum, Pn Heng Seai Kie
Teknologi Hijau dan Air - Noriah Kasnun
Kemajuan Luarbandar dan Wilayah - Hssan Malik, Joseph Entulu anak Beluan
Pengajian Tinggi - Hoo Kok Chun, Saifuddin Abdullah
Perdagangan Antarabangsa - Mukhriz Mahathir, Jaakob Dungau Sagan
Sains Teknologi Innovasi - Fadzilah Yusof
Sumber Asli dan Alam Sekitar - Joseph Kurup
Pelancongan - Sulaiman Abd Rahman Taib
Pertanian - Johari Baharom, Rohani Karim
Kerja Raya - Yong Khoon Seng
Pertahanan - Ab Latif Ahmad
Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Lajim Ukim
Kesihatan - Rosnah Rashid Shilin
Belia dan Sukan - Razali Ibrahim, Wee Jeck Seng
Sumber Manusia - Maznah Maznan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tan Lian Hoe
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Chew Mei Fun
Luar Negeri - A Kohilan, Lee Chee Leong
Wilayah Persekutuan - M.Saravanan.

Kredit Berita

READ MORE - Kabinet Baru Najib

Wednesday, April 8, 2009

Syabas kerana rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat

(Dato' Seri Anwar Ibrahim) -

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kemenangan pilihanraya kecil pada 7hb April 2009.

Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.

Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini. Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP semakin hari semakin utuh.

Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama.

Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.

Kemenangan Dato� Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.

Kepada pendokong Pakatan Rakyat di Batang Ai, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak. Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa Perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak.

Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaan helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepada penipuan.

Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa Perubahan, bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air.

Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan menghambat kami dari menunaikan janji yang telah diberikan.

Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat ini.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda perubahan dan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini.

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEMENANGAN DI BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI
(Sidang Media 8 April, 11:30 pagi, Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat)
READ MORE - Syabas kerana rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat

Rakyat tolak politik kotor BN

(Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ) -

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Kemenangan ini juga adalah menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji dan ugutan dari jentera Umno dan BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan. Kehadiran serta kempen Tun Dr Mahathir dan pimpinan baru Umno yang kononnya melaungkan nada baru dalam pilihan raya ini juga bukan sahaja tidak mendatangkan kesan, malah memburukkan lagi keadaan.

Ternyata bahawa kegagalan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang lalu adalah bukan berpunca semata-mata dari kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi adalah suatu hakikat bahawa sememangnya parti Umno dan BN semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan rakyat yang semakin celik di negara kita ini.

BN hanya berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai dan di lain-lain tempat yang rakyat sememangnya dinafikan hak untuk mendapat maklumat sahaja.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui calonnya S.Manikumar. Sesungguhnya kemenangan ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan PR Kedah pimpinan Dato� Seri Azizan Abdul Razak.

Kedua-dua kemenangan ini di samping kemenangan terdahulu di kerusi parlimen Permatang Pauh dan di kerusi parlimen Kuala Terengganu insya-Allah akan merubah lanskap politik tanahair dengan menempatkan PAS dan Pakatan Rakyat sebagi parti arus perdana baru yang disokong dan didokong oleh rakyat jelata.

Sumber dari Harakahdaily
READ MORE - Rakyat tolak politik kotor BN

Tuesday, April 7, 2009

Nizar dan Manikumar Menang Manakala Jawah Gerang Tewas

Di Taiping,Perak.

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.





















Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.










Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Undi rosak adalah sebanyak 456.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Ketika ditemui pada sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

"Kita boleh memperoleh majoriti besar," katanya.

Beliau dibenarkan menyampaikan ucapan dari pentas sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Kerajaan negeri Perak diterajui Pakatan Rakyat tumbang awal Februari lalu selepas tiga wakilnya keluar parti masing-masing dan kini bertindak sebagai anggota Bebas.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan tersebut.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pengumuman keputusan terganggu apabila ribuan penyokong menghalang ketibaan kereta pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagi mengelakkan majlis pengumuman keputusan lewat, pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff terpaksa keluar dewan dalam keadaan hujan untuk memujuk penyokong Pakatan Rakyat memberi laluan kepada kenderaan pemimpin parti itu.

Beliau menenangkan mereka kira-kira 10 minit.Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.


DI BUKIT SELAMBAU


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.












Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1 kira-kira pukul 10.50 malam ini.

Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.

Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.

Beliau turut mengumumkan bahawa kesemua 13 calon Bebas yang bertanding hilang wang pertaruhan.

Berikut jumlah undi yang diperolehi oleh 13 calon Bebas di DUN Bukit Selambau:

1. R Loganathan (kelapa sawit) - 31

2. Tan Hock Huat (kunci) - 78

3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 25

4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 83

5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 60

6. L Sarala (basikal) - 49

7. A Jayagopal (payung) - 35

8. S Moganakumar (buku) - 46

9. Khamis Awang (ayam jantan) - 29

10. Husaini Yaacob (bas) - 257

11.M Vaneson (ikan) - 32

12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528

13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 73

Sementara itu, Manikumar ketika ditemui selepas diumumkan kemenangannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Bukit Selambau yang mengundinya serta jentera Pakatan Rakyat.

"Saya berterima kasih kerana pengundi memilih saya untuk memimpin mereka di masa hadapan dan saya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin Pakatan yang memutuskan kita perlu menang dalam pilihan raya ini bagi mempertahankan kerusi ini.

"Hari ini ia telah menjadi realiti dan kita akan berjuang dengan lebih tinggi selepas ini untuk menuju ke satu tahap yang teratas," katanya.


Di Batang Ai


Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai apabila calonnya, Malcolm Mussen Lamoh memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 1,854 undi.

Mussen, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi untuk menewaskan ahli politik veteran Jawah Gerang, bekas Anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, yang meraih 2,053 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Pegawai pengurus pilihan raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini pada 7.45 malam.

Batang Ai, sebuah daripada kerusi DUN dalam Parlimen Lubok Antu, mempunyai 8,006 pengundi berdaftar, termasuk 43 pengundi pos.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Datuk Dublin Unting Ingkot memenangi kerusi majoriti kaum Iban itu setelah menewaskan Nicholas Bawin Anggat daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 860 undi
READ MORE - Nizar dan Manikumar Menang Manakala Jawah Gerang Tewas

Friday, April 3, 2009

Dato Sri Najib - PM Malaysia yang ke - enam



Nak tak nak atau suka atau tidak maka hari ini telah disahkan bahawa Dato Sri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana menteri Malaysia yang keenam.

Sekalong tahniah diucapkan terhadap perlantikan ini. Dihari pertama perlantikannya sebagai PM beliau telah mengistiharkan "pembebasan kepada 13 orang tahanan ISA".
Antara senarai tahanan ISA yang dibebaskan ialah...

1. Pakana Selama

2. Amir Hussain

3. Sundaraj Vijay

4. San Khaing

5. R.Kenghadharan

6. V.Ganabatirau

7. Wan Amin Wan Hamat

8. A Artas A Burhanuddin

9. Francis Indanan

10. Mohd Nazri Dollah

11. Mohd Arasad Patangari

12. Idris Lanama

13. Binsali Omar

Beliau juga telah menarik balik arahan :mengantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan".Sebelum ini Hamid Albar selaku menteri Hal Ehwal dalam Negeri telah menggantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan.

Walau apapun kita ucapkan terima kasih kepada Dato' Sri Najib terhadap arahan ini namun kita ingin nyatakan di sini bahawa tindakannya itu bukan satu alasan untuk kita "hentikan perjuangan".Seandainya Dato Sri melakukan kezaliman kepada rakyat..kami akan bantah.

Memandangkan usia jawatan PM masih terlalu muda maka kita semua "memberi peluang" untuk beliau mentadbir negara ini.Jika Dato Sri ingin dilihat negarawan yang baik dan dihormati maka Dato Sri mestilah menjadi PM kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,politik dan agama.

READ MORE - Dato Sri Najib - PM Malaysia yang ke - enam

Siti bertemu Nik Aziz


Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menerima cenderahati daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kiri) semasa berkunjung ke Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim. Turut sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (kanan). -foto BERNAMA

SELEPAS
menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1 April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim.


Bercakap kepada pemberita kemudian, Siti berkata kunjungannya itu bertujuan meluahkan rasa hormatnya terhadap Nik Aziz.

Sumber berita
READ MORE - Siti bertemu Nik Aziz

Sunday, March 29, 2009

Proses Penamaan Calon Di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai

Alhamdulillah kesemua calon-calon yang mewakili Pakatan Rakyat berjaya menyerahkan borang dan diistiharkan sebagai calon.












Di Bukit Gantang.














Calon Pakatan rakyat diwakili oleh Dato'Sri Ir.Mohamad Nizar Jamaludin.Beliau ditentang oleh calon BN Ismail Safian dan calon Bebas Kamarul ramizu Idris. Bukit Gantang mempunyai pemilih berdaftar berjumlah 55,471 dimana pecahannya: 63.5% Melayu / 9.1% India / 27.1%

Di Bukit Selambau.

Tercapat dalam sejarah politik Malaysia bahawa 15 calon telah disahkan diterima oleh pegawai SPR.

1. Datuk S. Ganesan (Barisan Nasional)
2. S. Manikumar (Parti Keadilan Rakyat)
3. Husaini Yaakob (Bebas)
4. T. Chandrarajan (Bebas)
5. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas)
6. M. Venason (Bebas)
7. Abdul Rahim Abu (Bebas)
8. S. Moganakumar (Bebas)
9. Mohd. Fazil Abd. Wahab (Bebas)
10. Radzi Md. Lazim (Bebas)
11. R. Loganathan (Bebas)
12. L. Sarala (Bebas)
13. A. Jayagopal (Bebas)
14. Tan Hock Huat (Bebas)
15. Khamis Awang (Bebas)

Di Batang Ai











Hanya dua calon yang bertanding iaitu aitu Malcolm Mussen anak Lamoh (BN) dan Jawah anak Gerang (PKR). Batang Ai mempunyai pemilih Berdaftar berjumlah 8,006 dan pecahannya ialah : 95% pengundi Iban / 3.5% Cina / 1.5% Melayu/Melanau.

Pilihanraya ini amat penting bagi kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Rakyat(PR).Umno inginkan kemenangan bagi membuktikan bahawa BN masih diterima rakyat dan bagi Pakatan Rakyat keputusan pilihanraya ini "harus berpihak" kepada Pakatan Rakyat demi untuk meneruskan langkah menuju ke Puterajaya bagi tujuan "mengubah langskap politik yang amat bercelaru dan tidak berperaturan ditika ini".

Sama-sama kita saksikan dan kita(pendokong Pas) mesti berdoa agar segala gerakerja pakatan dipermudahkan oleh Allah dan keputusan nanti berpihak kepada Pakatan Rakyat.
READ MORE - Proses Penamaan Calon Di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai

Saturday, March 28, 2009

Mahathir-Abdullah berdamai...


Perhimpunan agung Umno kali ini merakam sejarah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersalaman di atas pentas.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 02Sebelum itu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila muncul di dewan persidangan pada jam 12.29 tengahari tadi ketika majlis penggulungan ucapan sedang berlangsung.

Ketibaan Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut.

Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Manakala Abdullah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.

Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggapan telah melakukan perkara tidak baik.

Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat lantang mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini.

Naik ke pentas

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309Manakala Najib dalam ucapan menerima jawatan presiden Umno, menyuarakan hasrat ahli parti untuk melihat kedua-dua tokoh tersebut berbaik-baik dan menjadi teladan kepada mereka.

Selepas selesai majlis penggulungan tersebut, Dr Mahathir kemudian berjumpa dan berpelukan dengan Najib sebelum melangkah naik ke pentas dan menemui Abdullah.

Kedua-duanya kemudian bersalaman di atas pentas di tengah-tengah tempukan gemuruh pada perwakilan.

Dr Mahathir juga kemudiannya mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau akan menyertai Umno semula.

Sebelum itu, Najib berharap dapat bersama kedua-dua negarawan tersebut demi kepentingan negara dan parti itu.

"Harapan saya agar dapat bersama dua negarawan tersebut - Abdullah dan Dr Mahathir - bagi membincangkan masalah serta masa depan parti dan negara.

"Walaupun pertemuan pertama mungkin kekok sedikit, tetapi lama-lama kemesraan akan terjalin.

Rapatkan barisan

"Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.

"Yang di bawah ini akan ikut bersama. Mereka akan mendapat inspirasi daripada negarawan kita," katanya dalam ucapan lantang dan berapi-api.

Beliau juga menyeru kedua-dua pihak jangan mengkritik secara terbuka, sebaliknya menyelesaikan sesuatu perkara secara dalaman.

"Apabila ahli setia kepada pemimpin, pemimpin yang bersara juga perlu setia kepada parti yang pernah berjasa kepada kita. Ini merupakan kehendak perwakilan Umno," katanya yang mendapat sorakan dan tepukan daripada perwakilan.

"Hari ini Tun Dr Mahathir hadir bersama-sama kita. Saya cuba tafsir kehadiran beliau. Saya percaya dalam hati kecil beliau, darah beliau adalah darah Umno," katanya.

Sumber berita.
READ MORE - Mahathir-Abdullah berdamai...

Thursday, March 26, 2009

Alhamdulillah Syukur Dan Selamat Datang

-----------maaf masih prosess update-----------

--------akan dimuatkan berita2 semasa untuk pend.tpp...........
READ MORE - Alhamdulillah Syukur Dan Selamat Datang